Warrior//Worrier : Pahlawan atau Pengecut

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful.
face1

Siham, 12

“Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian ituah kemenangan yang agung.” (9:111)

Pertarungan hawa nafsu tidak akan pernah berhenti, sampai mati. Seorang murabbi pernah berkata, “seorang daei, dia akan meninggalkan perkara-perkara yang halal yang tidak membawa apa-apa faedah baginya.” Dalam setiap situasi decision-making, akan ada dua tarikan. Tipikal. Universally acknowledge. Tarikan baik dan buruk. The outcome will depend on which entity is dominating ourselves. Tarikan iman, atau tarikan nafsu. Antara dua tarikan ini yang akan menentukan siapa kita. Seorang pengecut atau seorang pahlawan.

Seorang pengecut akan mengikut arus air. “Menjalani hidup dengan mengalir seperti air, mungkin lupa bahawa air hanya mengalir ke tempat yang lebih rendah.” Mungkin tergoda dengan tarikan nafsu, lalu memilih untuk tidak melawan arus kerana arus terlalu kuat. Mereka mungkin tidak tahu potensi yang menyimpan kehebatan yang dasyat di dalam diri mereka. Mereka mungkin merasakannya tetapi tidak berminat untuk mengeluarkannya. Mungkin tergoda untuk akhirnya menjadi “manusia biasa”. Kerana melawan nafsu itu terkadang melahirkan lelah. Penat. Bukankah menjadi orang biasa itu lebih santai, kurang beban, tidak stress, tiada depresi, tiada kerutan di dahi? Tak perlu melayan penat fizikal ke sana ke mari menghadiri majlis majlis ilmu. Tak usah menambah bahan bacaan yang lebih daripada reading list university module.  Tak perlu serabut memikirkan situasi masyarakat yang nampak makin parah dari segi akhlak dan kefahaman mereka tentang cara hidup bertuhan. Menjadi manusia biasa sangat mudah. Mudah! Menjadi manusia biasa ialah godaan bagi para pahlawan yang berpotensi.

Kerana itu Allah mengatakan ini urusan jual beli. Urusan jual beli berlaku apabila dua pihak atau lebih bertukar sesuatu yang miliknya demi mendapatkan barang satu pihak yang lain. Untuk melawan arus air dan melawan tarikan nafsu memang penat. Sumpah penat! Kerana itu Allah memberikan kita sesuatu yang tidak dapat diberikan orang lain. Syurga!

“Sesungguhnya Allah memberi dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.”

Beberapa langkah yang membawa kita kepada perjalanan seorang pahlawan

Langkah pertama: Visi

Menyedari bahawa ini adalah urusan jual beli ialah langkah pertama dalam meledakkan potensi kita sebagai pahlawan kerana kita memandang di hujung jalan. Kita sudah meletakkan visi kita, masa depan yang ingin dicapai. Jangka panjang mahupun jangka pendek. Visi harus jelas kerana visi merupakan sahabat sejati di jalan para pahlawan. Seperti kata Salim A. Fillah, “visi itu lebih besar daripada beban kita, lebih besar dari luka nestapa emosi kita di masa lampau.” Visi kita lebih besar daripada tarikan nafsu yang tidak berhenti menarik kita. Visi yang jelas akan membuatkan kita bertindak berstrategi, memikirkan perspektif dan pandangan jangka panjang. Walaupun ditampar, ditolak, sepanjang melalui jalan-jalan yang sukar dan sulit, visi kita yang besar akan membuatkan kita terus berlari. Berhentilah mengatakan “bisa, tetapi sulit” tetapi mula mengatakan “sulit, tapi bisa”.

Langkah kedua: Ghairah

Ghairah atau obses. Keghairahan akan memberikan kekuatan supaya tidak menghadirkan kelemahan. Agar tidak cepat mengalah, agar tidak cepat menyerah. Keghairahan dalam mencapai visi sepertimana ghairahnya Khalid Al Walid dengan peperangan sehingga digelar Pedang Allah yang Selalu Terhunus. Kerana apabila kita ghairah, kita akan melakukan sesuatu dengan sepenuh jiwa. “Sepenuh jiwa”, bak kata sang murabbi. Manusia biasa mungkin tidur tepat pada masanya, 8 jam sehari atau makan secukupnya. Punya masa kosong untuk menonton itu ini. Tetapi pahlawan yang mempunyai keghairahan terhadap visinya melakukan lebih dari orang lain sepenuh jiwa mereka. Orang lain mungkin tidur lena, seorang pahlawan akan top-up masanya untuk menghadiri majlis-majlis ilmu atau usrah, korban masa menonton running man episode 101 membaca bahan bacaan tambahan. Sepenuh jiwa meletakkan fokus kepada lecture walaupun lelah jet lag menghadiri program ilmiah masih tersisa dalam badan. Keghairahan memaksa seorang pahlawan untuk melakukan sesuatu sepenuh jiwa.

Langkah Ketiga : Nurani

Innallaha ma’ana. “Sesungguhnya Allah bersama kita”. Kepercayaan, tawakkal kita, dan nurani kita hanyalah pada Allah semata-mata. Andai lelah, rasa kebas, istirehatlah. Istirehatlah dengan solat sebagaimana Bilal dikatakan oleh sang nabi, “Hai Bilal, istirihatkan kami dengan solat! Sekiranya isra’ mi’raj merupakan hadiah Allah kepada Sang Nabi di kala tahun kesedihan, solat merupakan hadiah Tuhan buat hambaNya. Berbicaralah dengan Tuhanmu ketika solatmu. Itu akan melahirkan nurani yang dekat dengan Ilahi.

Di negeri cinta, bangunlah rumahmu tempat semayam
Ciptakan zaman baru
berkilauan Subuh dan malam
-Iqbal-

Langkah Keempat : Disiplin

Paksa untuk bertanggungjawab atas perasaanmu. Step by step. Bukan bererti paksaan sehingga terasa tidak diberi kebebasan hak individu untuk melakukan apa sahaja. Disiplin merupakan didikan. Tarbiyah yang diulang hari ini, diulang hari esok, diulang lusa sehingga berjaya. Paksaan, didikan yang konsisten yang lahir dari perasaan untuk hidup bermakan mancapai visi. Disiplinlah yang membebaskan individu dari belenggu nafsu yang membuta. As Tariq Ramadan once mentioned, “you will never experience freedom, if you don’t get the sense of what discipline is. Because without discipline, my ego is the first jail of myself.”

Harry Fear, seorang aktivis yang memperjuangkan hak kemanusiaan rakyat Palestin, apabila ditanyakan mengapa menghabiskan masa hidupmu di Palestin, menjawab “at one point in my life, I am afraid of the fact that the time is passing by as I live.” Memilih takdir seorang pahlawan instead of seorang pengecut tidak ringan. Berat. Beban yang sangat berat buat manusia. Memerlukan tenaga fizikal, mental, harta, peluh dan mungkin darah. Kerana itu tidak ramai yang bersedia menempuh jalan panjang kepahlawan. Sebab itu pahlawan selalunya sedikit. Tetapi, seperti kata Anis Matta,”mimpi yang tidak akan pernah selesai” yang akan menggerakkan seorang pahlawan. Yang akan membezakan sekiranya urusan jual beli kita dengan Allah akhirnya menjadi suatu urusan jual beli. Jadi bangkit, dan jangan berhenti.

“Tidak ada aib yang kutemukan dalam diri manusia, melebihi aib orang-orang yang sanggup menjadi sempurna, namun tidak mau menjadi sempurna.” – Abu Tammam.

p/s: Gambar anak kecil di atas ialah gambar Siham. Gadis 12 tahun yang gigih menjual jeruk bersama 2 beradiknya di atas satu bukit di Fez yang tidak jauh dari madinat qadimah. Siham sangat ta’ajub dengan cerita manusia menaiki kapal terbang dari Malaysia ke Morocco. Seolah-olah menaiki kapal terbang merupakan mimpi barunya! Sempena 2014, kullum ‘am wa antum bikhair!

it’s been a while.

Advertisements
Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s