A young sceptic

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful.

“He who does not doubt, does not investigate, and he who does not investigate does not see, and he who does not see remains in blindness and error.” – al Ghazali

IMG_6686 copy

truly by nature, they’ll speak to you.

and with regards to my essay: “the great divisions among humankind and the dominating source of conflict will be cultural.”

 

IMG_6640 copy

 

Manusia memiliki 3 potensi utama dalam hidupnya. Potensi fizikal, potensi intelektual dan potensi jiwa.

Boleh jadi seorang manusia mempunyai potensi fizikal di mana segala kekuatan fizikal, ketahanan badan, kecergasan miliknya. Badannya tegap, kuat ketahanan badannya, tidak perlu risau tentang donut yang dimakan siang tadi atau pizza yang dilahap malam kelmarin. Kerana badannya begitu mudah menyingkirkan apa-apa yang tidak berfaedah. Tapi sekiranya kelebihan fizikalnya itu disalur pada hal yang tidak baik, maka rosak kemuliaannya. Menjadi model komersial? Lalu rosak kemuliaannya.

Boleh jadi seorang manusia mempunyai potensi intelektual yang tinggi. Sudah khatam setiap buku akademiknya dan teori teori ekonomi atau politik hanay berada di genggaman tangan. Petik sahaja apa-apa teori atau formula maka mudah untuknya berbicara tentangnya malah mempersoalkan kredibiliti sesuatu ilmu itu. Menuntut ilmu seakan-akan syurga baginya. Mudah dan ilmu itu seakan-akan permainannya. Tetapi sekiranya ilmunya tidak bermanfaat buat orang lain yang hanya ditelan dan lalu menjadi racun pada orang lain, maka dia tidak mempunyai apa-apa kemuliaan.

Lalu tinggal satu potensi manusia yang terakhir. Potensi jiwa. Dan potensi jiwa ini sangat berkait rapat dengan kondisi hati seorang manusia. Boleh jadi seorang manusia tidak mempunyai kelebihan atau potensi fizikal atau intelektual. Tetapi sekiranya seorang manusia mempunyai hati dan jiwa seorang pejuang. Memperoleh bahagia di dalam kesusahan dan mujahadah, mempunyai sabar yang bisa menolak apa arus sekalipun demi keredhaan Ilahi, maka manusia itu akan menjadi semulia-mulia manusia.

Urusan hati ialah satu urusan yang perlu dipandang serius sepertimana seriusnya kita mencari resepi apa yang ingin dimasak untuk orang rumah. Atau seserius mana kita mencari arah tuju di dalam pembelajaran, seserius mana kita ingin organisasi kita teratur atau tidak atau seserius mana kita ingin mencari arah tuju dalam hal karier. Urusan hati ialah satu urusan yang serius. Sangat serius. Boleh jadi kerana hati kita menjadi semulia mulia manusia atau sehina hina manusia.

Mahu mulia atau hina?

Jika mahu mulia, perlu mujahadah lawan nafsu. Lawan sampai menang.

p/s: isu hari ini: “saya tidak setuju wanita yang tak pakai tudung masuk neraka!” Mahu protes pada siapakah? Dan progress 9k words of esemen is consistent but slow. Ayuh!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s