Iman dan Liberal

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful.

Membaca artikel ini, mengingatkan tentang 2 perkara: Wahyu (syariat) dan hawa nafsu. Syed Qutb di dalam tafsir Fi Zilal al Quran:

“pilihlah, sama ada mahu menerima syariat Allah ataupun mengikut orang-orang yg jahil. Tiada andaian yang ketiga dan tidak ada jalan tengah di antara syariat yang lurus dan nafsu yang berubah-ubah. Sesiapa sahaja yang meninggalkan syariat Allah sebenarnya bertindak berhukumkan nafsunya. Tiap-tiap sesuatu yang lain dari syariat Allah adalah nafsu yang terperosok ke dalamnya orang yang jahil.”

 

Kekeliruan Liberalisme (Mereka yang Liberal)

Dalam mempelajari falsafah dan ideologi liberalism, saya membuat 2 konklusi yang ringkas. Yang pertama, teori dan ideologi liberalisme sendiri mencerminkan satu teori yang lahir daripada pemikiran akal manusia yang berpandukan al-hawa. Yang keduanya, wujudnya banyak kekeliruan, konflik, kontradiksi di dalam pemahaman liberalism sendiri.

Telah dinyatakan bahawa sumbangan terbesar mazhab liberalisme adalah untuk mendokong toleransi beragama sendiri. Ini boleh dikatakan satu kenyataan paradoks kerana hakikatnya kelahiran teori liberalism sendiri berpunca daripada kegagalan institusi gereja dalam menjaga kemaslahatan dan keadilan yang saksama di kalangan masyarakat barat pada ketika itu. Masyarakat barat pada ketika itu seolah-olah trauma dengan kuasa institusi gereja yang mengawal politik dan cara hidup masyarakat yang mengongkong. Maka sekitar abad ke-17 teori liberalism diperkenalkan sebagai satu cara fikir atau entiti ‘religus’ yang baru:

 

“The aim of the secular disposition is not to derive a new political and moral theory from a new theology, but to begin with new purposes for society and the state, and then construct either new gods or a new theology with the old gods to suit these purposes.”

“Tujuan sekularisme bukan bertujuan untuk mengekstrak satu teori politik atau teori moral yang baru daripada teologi baru, tetapi bertujuan mewujudkan objektif baru untuk masyarakat dan kerajaan, dan mengkonstruk sama ada tuhan baru atau teologi baru bersama tuhan lama demi melaksanakan objektif baru tersebut.”

(George Kateb, Locke and the Political Origins of Secularism)

Ini jelas menunjukkan bahawa teori seperti liberalism telah meletakkan logik akal dan idealism manusia semata-mata sebagai kompas moral dan tuhan mereka.

Dakwaan bahawa pengalaman liberalism itu sendiri berakar daripada pengalaman beragama merupakan dakwaan yang kurang tepat. Liberalisme berakar daripada pengalaman negatif hidup seorang manusia dalam agama kristian. John Locke, bapa kepada teori liberalisme adalah seorang yang religus tetapi dia merasakan perlunya perubahan dengan kefahaman kristianiti. Baginya agama (Kristian secara khusus) perlu menjalani proses membersihan dan penapisan sepertimana yang dikatakan George Kateb:

“…importance to the usefulness of Christian religion to morality, provided the religion is reformed by a thorough cleansing or reduction”

“pentingnya fungsi agama Kristian kepada moraliti manusia, bersyarakan agama ini perlu kepada pembersihan dan pengurangan beberapa aspek”

 

Kelemahan Liberalisme

Liberalisme bukanlah satu fahaman fitrah malah ianya satu fahaman yang meletakkan nafsu manusia di barisan hadapan hujahnya. Ini boleh dilihat daripada kritikan liberalism sendiri di mana satu persepsi manusia dilihat sebagai makhluk yang sama setiap masa, setiap tempat tanpa mengambil kira kepelbagaian budaya dan bangsa

 “the model is set in motion spontaneously by their desires an interest; because human nature if thought to be the same at all times and in all places, this guarantees the possibility of perpetual motion, and the fact that the system operates on the basis of natural desires makes it ideal.”

Tetapi hakikatnya Allah sendiri sudah berfirman di dalam Al Quran, Surah al Hujurat ayat 13 yang menyatakan:

“Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Mahateliti.”

Indoktrinisasi liberalism ke atas kaum lain yang belum menganutinya adalah berasaskan satu persepsi di mana fahaman liberal itu ialah fahaman fitrah manusia di mana secara hakikat dan realitinya tidak. Implikasi daripada ini boleh dilihat daripada kegagalan atau permulaan kepada kegagalan sistem liberal yang membela sistem demokrasi ataupun yang memperjuangkan hak asasi kemanusiaan semata-mata. Tidak boleh dinafikan bahawa manusia mempunyai hak yang fundamental tetapi hak fundamental di dalam perspektif Islam sendiri sudah cukup untuk menjaga kemaslahatan seseorang manusia itu. If searching for reconciliation between religion and liberalism, why search so far when Islam itself is accommodating human needs for the purpose of human welfare (maslahah)?

 

Liberalisme dan Keimanan

Satu kerosakan akan berlaku ialah apabila kebebasan manusia adalah matlamat akhir dan bukannya mencapai maslahah atau keredhaan Allah. Kerana apabila ‘kebebasan manusia’ dilihat sebagai destinasi akhir, segala macam perkara akan dihujahkan demi mendapat ‘kebebasan’ walaupun ianya bertentangan dengan syariat sekalipun.

Hakikatnya, liberal yang beriman adalah paradoks kerana kedua-duanya adalah entiti yang sangat berbeza dari segi fitrahnya dan tidak mungkin dapat disatukan. Tiada jalan tengah yang boleh diambil ataupun ‘pick and choose’ apa-apa yang dirasakan betul di atas kemahuan manusia. Bukti keislaman seorang hamba dapat dilihat sejuah manakah ketaatan dalam menjalankan syariat Islam di mana Allah telah menyeru hamba-hamba yang beriman untuk menjalankan syariat Islam secara total, bukannya ‘pick and choose‘:

“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” (al- Baqarah: 208).

Inilah 2 tarikan yang dijelaskan Muhammad Ahmad Ar Rasyid di mana manusia akan menghadapi sama ada tarikan keimanan ataupun tarikan hawa, yang selain daripada Islam.

 “Tiada jalan baginya yang dicampur adukkan antara satu sama lain. Tidak sekali kali. Sesiapa yang tidak masuk Islam secara keseluruhannya, tidak menyerahkan dirinya secara ikhlas kepada kepimpinan Allah dan syariatnya dan tidak membebaskan diri dari sebarang tasawwur, konsep, manhaj dan syariat yang lain, maka sesunggunya dia telah mengikut jejak langkah dan melalui jalan syaitan.”

liberalisme-can-u-find

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s